.
“Kita berdakwah, orang meludah. Kita tarbiyah, orang menyampah. Jangan mengalah. Kita seorang khalifah & kita ada Allah.”
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

22 April 2013

Pengorbanan Seorang Insan bernama Ibu


Ibu.
Mama.
Umi.
Mummy.
Mak.




Pelbagai jenis panggilan. Yang penting mereka ada lah insan yang melahirkan kita ke dunia. Siapa yang paling gembira bila tahu dia mengandungkan zuriat hasil cinta dia dan suami. Ibu! Dia sanggup tinggalkan high heels demi menjaga kandungan. 9 bulan dia bawa perut yang saban hari makin membesar makin membulat dan makin MEMBERAT tapi dia tak peduli kerana demi zuriat dia rela sakit. Ibu, menanggung segala macam keadaan semasa mengandung. Alahan yang teruk SAMPAI ada yang bau suami sendiri dia tak boleh tahan, sakit belakang, bengkak kaki, penambahan berat badan dan macam macam lagi. Dia tak peduli! Kenapa? Kerana zuriat itu.


Jalannya makin lama makin tidak seragam. Ke kiri ke kanan, kadang tak lalu duduk terlalu lama atau berdiri yang berpanjangan. Saat kandungan membesar Ibu yang paling seronok sebab membeli barang kelengkapan baby. Berat perut yang diusung, tidak dia peduli. Hatinya berbunga menanti kelahiran si kecil yang sangat dia sayangi. Siang malam dia berdoa supaya anak dalam perut menjadi insan soleh solehah. Ibu yang bekerja, penat tak dipeduli siang di tempat kerja malam mengemas rumah dan memasak untuk suami. Dia penat cuma dia tak pernah nak mengadu, kerana apa? Zuriat itu.


Saat melahirkan. Allahurabbi kesakitan yang tak boleh dibayangkan hatta aku sendiri tak dapat bayang keadaan itu nanti. Badan manusia hanya mampu menanggung kesakitan sehingga 45 Del. Tetapi semasa bersalin ibu akan mengalami sehingga 57 Del yang bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak. Boleh bayangkan? Dia bertarung nyawa demi melahirkan anak, penambahan umat Nabi Muhammad. Apabila anak kecil keluar dan menangis, air mata si ibu menitis mensyukuri kurniaan dari Ilahi.


Kemudian ibu mendidik merawat dari bayi sehingga dewasa. Segala pahit getir dia tempuhi dengan penuh kesabaran. Ibu tak mungkin lupa kenangan pertama kali anak masuk tadika, sekolah rendah, menengah, universiti dan seterusnya saat anak yang telah dewasa si teruna dan si dara menemui pasangan lalu bernikah. Ibu teramat gembira. Teramat..




Tetapi..sayangnya....

Makin lama makin ramai aku lihat anak yang ibarat mahu mengikut jejak si tanggang. Menderhaka kepada Ibu. Paling terkilan sanggup dan tegar seorang anak memaki hamun, menghina, mencaci ibu sendiri. Allahurabbi, Ibu yang sedari kita hanya segumpal darah dididik disayang dimanja ditatang kini tidak ubah umpama anak yang teruk akhlak dan sahsiah diri. Robek hati seorang ibu, tergurisnya hati ibu.. Anak yang dididik agama tidak menjadi seorang yang soleh solehah.."Dimana silap aku" benak hati ibu merintih, tetapi apa kita tahu? Isi hati seorang ibu, zahirnya tersenyum dalamannya? Sedang mati..Nazak dek kerana perangai durjana si anak..

Tidakkah kita sedar, syurga dibawah telapak kaki Ibu?
Tidakkah kita sedar, Ibu itu bertarung nyawa melahirkan?




Apakah kita lupa, tanggungjawab seorang anak?
Apakah kita lupa, apa itu "menghargai" keluarga?

Ya ALLAH..

Setitis air mata seorang Ibu menitis menjengah ke pipi hilang keberkatan hidup si anak. Segaris hati ibu yang terluka, mashaALLAH neraka tempatmu jika tidak diampunkan Ibu. Bayangkan, kita derhaka..pelbagai kata kata kesat dilemparkan pada Ibu..Satu masa, satu detik Ibu pergi mengadap Ilahi lalu dia berkata "Tidak aku terima dia sebagai anak" Apa kau fikir hidup akan cerah? Rezeki akan masuk? Hidup diberkati? Paling utama ALLAH SWT akan pandang kau dengan redha atau murkaNya? Mati lah si anak durjana hidup terumbang ambing tanpa DOA si Ibu.. Tidak ubah seperti sampah..menunggu masa untuk hilang tanpa diingati..

Hati ibu sangat lembut, segarang mana sejahat mana dia tetap Ibu. Doa Ibu paling mujarab dan mudah dimakbulkan kerana kasih sayang Ibu terlalu kuat, sangat kuat. Mungkin si anak melukainya tetapi dia tidak pernah jemu untuk mendoakan kebaikkan dan semoga dipertemukan ke jalan yang benar. 

MashaALLAH betapa kuat hati Ibu kan?

Andai dikau seorang anak yang inginkan syurga buka youtube dengar lagu "YOUR MOTHER" nyanyian yusof islam sekarang!


Neraka jahanam adakah itu tempat terakhir penginapan kita wahai si anak
Neraka yang sungguh dahsyat keadaannya? Itu kemahuan kita? Peritnya di
Neraka tiada seorang manusia boleh membayangkan. Tiada! 

Satu pesanan dan peringatan untuk semua dan diri sendiri. Selagi seorang insan yang bergelar "IBU" jagalah hati mereka, utamakan mereka. Andai ada persengketaan, mulakan meminta maaf. Jangan dibenci, dihina, dicaci kerana itu sangat dimurkai ALLAH SWT. Jaga Ibu, makan pakai minum tidur. Selagi hayatnya dimuka bumi masih ada. Jangan bila Ibu sudah tiada, pusara sebagai tanda saat itu baru menyesal dan meraung meminta pengampunan. Tiada guna, kenapa? Kerana ianya sudah terlambat saat Ibu masih ada, walau punya masa yang banyak kenapa tidak kita sedar dan ikut suruhan ALLAH SWT untuk sentiasa mentaati seorang Ibu. Pergorbanan yang tidak terbayar.

Betul perumpamaan ini :
Seorang Ibu boleh jaga berpuluh anak.
Seorang anak belum tentu boleh menjaga seorang Ibu 

Kau beri harta dunia. Ibu tidak mahu.
Kau beri caci maki. Allahu Ibu tidak mahu!

Apa dia mahu?
Sekadar secebis penghargaan.
Penjagaan masa dia tua.
Kasih sayang kepadanya.
Dan.. yang paling Ibu inginkan..

Doa si anak untuk memudahkan Ibu di alam sana.
Menerangi kuburnya dengan cahaya. Itu sahaja.

*penulis berhenti 15 minit kerana menangis semasa menaip*



Andai kau lupa..
Syurga itu benar, wujud.
Neraka itu benar, wujud.

p/s : Berubah sebelum terlambat. Ajal maut tidak lewat sesaat dan tidak pula cepat walau sesaat. Kasih sayang seorang Ibu lebih besar dari sayangnya anak kepada Ibu itu sendiri. Ya ALLAH hargailah mereka yang bergelar IBU.. Kurniakan lah mereka syurga tanpa dihisab haramkan wajahnya dari api neraka Ya ALLAH Ya Rahman.. kabulkan doa ku. 

(: Follow,like and comment, Credit  :)

1 comment:

hi said...

Hehe :) Thanks visit my blog :)