.
“Kita berdakwah, orang meludah. Kita tarbiyah, orang menyampah. Jangan mengalah. Kita seorang khalifah & kita ada Allah.”
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 June 2013

Masalah Perempuan. Lelaki tak perlu baca -_-

 Assalamualaikum. Aku rasa lelaki tak payah baca entry ni. Sebab takde kene mengena langsung dengan lelaki. So, kaum adam sila berambus sekarang. Kejam kan? Ekceli, entry ni hanya lah untuk kaum hawa. 

Aku cakap awal awal. Sebenarnya, aku malu nak update entry cenggini. Tapi ramai orang perempuan mengalami masalah yang aku nak cakapkan ni. Nak tanye dekat orang lain. Malu kan? Kalau ada ustazah yang mengajar kat sekolah, It's okay. Ni ustaz yang mengajar. Memang lagi malu la dibuatnya. So, aku dengan besar hatinya nak bagi sebab kenape haid tak teratur.


 Tekanan
Tekanan dalam bentuk fizikal dan mental boleh mempengaruhi hormon anda dan seterusnya haid kita. Bila kita dalam keadaan tertekan badan akan mengeluarkan hormon stress yang boleh menganggu ovulasi dan seterusnya memberhentikan haid kita.


 Masalah kesihatan
Sakit secara tiba-tiba seperti demam panas, menjalani pembedahan, atau sakit yang memerlukan rawatan intensif boleh memberikan tekanan fizikal terhadap badan dan seterusnya menganggu kedatangan haid kita.


 Ubatan
Mungkin baru baru ini anda baru mencuba jamu atau menjalani rawatan traditional atau intensif untuk menguruskan badan. Sekiranya betul, kemungkinan besar ia punca mengapa haid anda lewat.


Berlebihan hormon prolaktin
Hormon prolaktin yang berlebihan menghalang pengeluaran telur dan seterusnya menyebabkan haid anda lewat berbulan-bulan lamanya. Sekiranya anda merasa seperti susu keluar dari puting payudara atau pening kepala, berjumpalah dengan doktor kerana kemungkinan besar anda mengalami masalah hyperprolatinemia.


Menyusu badan
Sekiranya anda menyusu badan terutamanya secara eksklusif, haid anda mungkin tidak akan datang sehingga berbulan-bulan.


Masalah tiroid
Rasa panas, berdebar dan kekurangan berat badan secara mendadak mungkin merupakan tanda yang anda mengidap penyakit tiroid. Jangan berlengah sekiranya ia disertai dengan haid yang sedikit atau tiada langsung.


Gemuk
Berlebihan lemak dalam badan boleh memberikan ketidak-seimbangan hormon kerana ia menjadi tempat simpanan hormon estrogen. Berlebihan hormon estrogen akan menyebabkan haid anda terganggu seterusnya lewat haid. Cuba kurangkan 10% dari berat anda sekarang dan kemungkinan besar kitaran haid anda kembali seperti biasa.


Terlalu kurus
Tidak cukup lemak dalam badan juga boleh memberikan masalah terhadapi haid anda. Ini kerap terjadi kepada mereka yang terlalu banyak senaman seperti atlit dan penari balet. Mendapatkan kembali berat badan yang sepatutnya dengan secara automatik akan mengembalikan haid anda semula.


Tersilap kira
Masalah ini juga kerap terjadi. Dikatakan 40% wanita gagal mengingati dengan tepat tarikh sebenar haid mereka. Asal ia dalam kitaran 21-35 hari, haid anda andalah normal. Pastikan mencatit dalam nota hari pertama haid anda setiap bulan supaya anda tidak lagi risau.


Menopause
Bagi mereka yang berusia lewat 40’an, mengalami haid yang semakin sedikit dan jarang-jarang adalah salah satu tanda menopause. Sekiranya bimbang, berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan dan sedikit ujian darah boleh membuat diagnosa yang tepat. Anda juga disarankan untuk menjalani pap smear untuk memastikan yang anda tidak mengalami masalah dipangkal rahim.

Pencegah hamil
Sekiranya anda baru-baru ini mengambil hormon pencegah hamil seperti depo-provera atau implanon, ia adalah sebab mengapa haid anda lewat datang. Alat pencegah hamil berhormon menghalang ovulasi terjadi seterusnya kedatangan haid. Jadi jangan risau!


Hamil
Sebab anda hamil.



Gambar atas ni lah yang akan kita lalui. Sebab apa kite kene lalui? Emm. maybe sebab kita perempuan. Nasihat kepada semua manusia, Jangan cari gaduh dengan orang tengah period kalau tak gambar ketiga pegang senapang tu la padahnyaaaa :D Harap info ni boleh membantu. Okay? Have a nice day :)






6 comments:

Liyana Izzati said...

Nice Sharing :D

hi said...

Sharing kan caring xD

Unknown said...

Rasanyaa 1 Day Before Period tu , tak pernah lak saya jadii camtu :P

hi said...

Danisya, means, start hari tu dah datang dah perasaan badmood, marah semua tu..

Unknown said...

Ouhh ~ baru tahuu ^^

hi said...

Bhahaha :)