.
“Kita berdakwah, orang meludah. Kita tarbiyah, orang menyampah. Jangan mengalah. Kita seorang khalifah & kita ada Allah.”
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

18 September 2013

Loghat Terengganu.

Assalamualaikum sume!

Ceh, sume? Apakah maksud perkataan itu? Terserlah ke'pelik'an perkataan tersebut. Sume tu ialah sejenis makanan. Ehehe takde la. Sume tu Semua. Macam tu lah kehidupan aku seharian, penuh dengan perkataan yang pelik bagi korang tapi tak pelik bagi aku sebab aku anak jati Terengganu. Jati? Ya jati. Ape maksud Jati erk? =='

"Mung wat mende owh? Nok pinjang pitih lime puluh yaa boh. Base taik idung masing ah kalu mung takboh wi" yang bermaksud "Kau buat apa tu? Nak pinjam duit lima puluh ringgit. Memang taik hidung masin lah kalau kau tak nak bagi"

Kalau nak suruh aku senaraikan beribu ribu. Eh beribu ribu ke? berjuta juta. Eh berjuta juta ke? Berpuluh puluh juta milion. Juta dgn milion same maksud je kan? Eh aku dah gila. Harap maklum. Kalau aku nak senaraikan kesemuanya mmg sampai tahun depan pun belum tentu habis. Jadi aku dah pekaji penyakit kencing manis yang menjadi punca tahap kematian di Malaysia ini dengan sebulat suara mengatakan bahawa saya akan menyenaraikan beberapa perkataan SAHAJA. Hehehehe =p

Kaing kebo - Selimut
Dok rok cetong - Hampeh
Berat nanang (^^) - Hampeh
Masang pekok - Masam yang amat
Mung - mu/kau
Tobak pong - Sungguh (menyatakan perkara yang benar)
Manih leting - Manis yang amat
Kupik - Kedekut
Pitih - Duit
Gelepo - Menggegarkan badan. Eh? ye ke? 
Nawok/Pelawok - Berbohong.
Saing - Kawan
Dok - Tidak
Mapuhh - mati
Hitang legang - Hitam yang amat
Bereh - Okay
Maseh - Terima Kasih.
Welcome - Sama sama. Hahhahahahha k hahahahah =p
sebak - sebab

Nasihat kepada orang terengganu. Jangan bawak sangat "G" tu pergi mana mana. Nanti orang boleh jadi gila. Hahahaha. Aku nok gi maing fesbuk pulop nih. Yang benar lagi benar, Tiada yang benar.

Assalamualaikum. Bai bai. Maseh sebak reading aku punyew entry. Orang terengganu panggil reading bukan membaca =p lol


No comments: