Assalamualaikum♡
Setelah lama tidak menaip tentang braces a.k.a kawan rapat aku. Bukan main rapat, siap buat rumah dalam mulut aku. Keh keh keh. Meghepek daa!
Bertemu lagi kita dalam rancangan Pengalaman Braces/Pendakap gigi dalam episod ke empat. Topik kite pada hari ini iaitu x-ray gigi bukan kepala. Bersama saya, pengacara anda Cik sioh sempoi. Bersiaran langsung kita di siaran 'Cuti Cuti Bangladesh'. Kamera! sila close up gambar dibawah ye untuk sesiapa yang tidak mengenali mesin x-ray gigi =p
Ni first time lah aku kenal mesin x-ray dan aku guna mesin x-ray. Aku lupa nak tangkap gambar x-ray gigi aku. Aku nak share cerita sikit time aku x-ray. Kat kemaman takda klinik/hospital yang ada mesin x-ray untuk gigi. Jadi aku, pergi Hospital Kuantan untuk x-ray. Setibanya aku disana, Aku lintang pukang mencari tempat nak x-ray. First time masuk hospital kuantan, jadi blur laaa. Nak tanye Mak cik guard tak pandai nak terang mane sebab aku orang terengganu. Dia orang kuantan. Ada jugak lah tersalah keluar bahasa terengganu time tanya arah tujuan aku kah kah kah.
Aku tersesat dalam Hospital yang besar dengan dikelilingi oleh manusia manusia. Memang aku sesat lah sbb first time datang. Aku sesat tu sbb aku nak cari tempat test urin. Sebab nak x-ray kene test dulu. Kalau mengandung ke hape ke tak boleh x-ray. Bahaye. Lepas dah test, takde ape ape. So, aku pun pergi x-ray dengan jayanyaaaaaa.
Tapi ada pulak problem, aku tengok kertas x-ray yang ada gmbar gigi aku tu macam dalam gambar tu. Aku pun tengok nama kat kertas tu, yang satu nama aku. Yang satu lagi nama mat banglaaaaa! haha! Entah, aku lupa name dia. Dah lame dah aku buat x-ray ni kan. Yang pasti pemilik nama tu lelaki la. Aku baru sedar nama tu time x-ray center tu tutup. Jadi, aku kene datang balik esok dekat hospital tu sbb nak tukar x-ray bangla tu. Macam mane boleh tertukar la doc tu. Argh.
Berat nanang bermaksud Hampeh - Kamuh dewang dang pustake awang teranung.
Aku pun tukar, doc tu bukan main mintak maaf sebab cuai kan. Tapi takpe doc, no hal la haha. X-ray sakit tak? X-ray langsung tak sakit. Cuma tak boleh gerak time x-ray sbb bila x-ray cam kite tangkap gambar jugak. Kene duduk diam ehehe kay.
Terima kasih Cik Izzah kerana sudi mengongsikan pengalaman tersebut. Kite berjumpa lagi pada hari yang tak sama dan masa yang tak sama di lain episod. Baibai! Assalamualaikum. Syukran :')
No comments:
Post a Comment