Assalamualaikum. Aku tak pandai sediakan mukadimah tersusun rapi bak buku di perpustakaan yang disusun kemas untuk memudahkan pembaca mencari buku. Sebab aku bukan salah-seorang pekerja di mana-mana perpustakaan, aku hanya seorang pencari kerja dalam perpustakaan minda mana-mana manusia.
Cukup lah atas tu mukadimah yang moga kau kata -- rapi.
Kita ni--
Kalau pun tak nak menolong bangunnya.
Tak usahlah ditolak sampai tersembam muka.
Mohon faham perlian diatas.
Kenapa semua orang confident 100% masuk syurga firdaus? kenapa semua orang yakin neraka bukan untuk dia?
Oh mata aku sudah panas dengan air mata.
Aku rasa. Aku rasa pahitnya dihina. Aku rasa seksanya disalah sangka. Aku rasa pedihnya dicaci maki. Itu semua aku rasa. Boleh kah ambik 1 minit saja untuk menerokai jiwa aku?
Kau manusia, tapi kenapa kau payah untuk faham aku?
"Sebab manusia berlainan jiwa" atau kau tak faham aku atas dasar-- ah kau bukan sesiapa.
Cukup! jika kau tak mahu menolong bangunnya. Jangan kau tolak sampai tersembam mukanya. Bagaimana dia mahu mengejar syurga sedang tiada gurunya dan tak tau caranya? sila kau ajar dia. Moga kau dapat tempias saham darinya. Moga syurga juga tempat kau berada kelak.
Tiada isi, nota ini mungkin hanya sampah bagi kau. Tapi aku puas, aku puas luah segalanya. Segala yang terbuku di hati, moga tinggal secebis 'rasa' pada hati kau. Aku mohon maaf segala salah-silap. Assalamualaikum.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
love your quotes hehe <3 stay strong ;)
Post a Comment